KUALA LUMPUR: Kerajaan mencadangkan kadar maksimum cukai pendapatan dikurangkan lagi kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa pada tahun taksiran 2010. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan berkata ini ialah untuk memastikan yang cukai pendapatan individu kekal berdaya saing selepas kerajaan mengurangkan kadar itu daripada 28 peratus kepada 27 peratus pada Bajet 2009.
Ia juga akan meneruskan agenda ekonomi berdasarkan kepada kreativiti, inovasi dan nilai tambah yang tinggi, kata Najib ketika membentangkan Bajet 2010 di Parlimen hari ini.
"Justeru itu, kadar cukai maksimum untuk koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus sementara kadar cukai tetap untuk individu bukan pemastautin akan diturunkan kepada 26 peratus.
Bagi meningkatkan lagi kehidupan rakyat, Najib berkata kerajaan sudah mencadangkan pelepasan cukai dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000.
"Ini bermakna setiap pembayar cukai individu akan menikmati kenaikan RM1,000 dalam pendapatan boleh guna. Pelepasan ini akan berkuat kuasa pada tahun 2010," kata beliau.
Bagi menarik lebih ramai pekerja berpengetahuan serta merancakkan lagi pembangunan di Iskandar Malaysia, Najib berkata kerajaan mencadangkan insentif cukai yang inovatif dan radikal.
"Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan ke atas pendapatan penggajian bagi pekerja berpengetahuan Malaysia dan asing yang bermastautin dan bekerja di Iskandar Malaysia dikenakan pada kadar 15 peratus berbanding kadar maksimum 26 peratus seluruh negara" kata beliau.
Mereka yang layak untuk layanan cukai ini mestilah terbabit dalam aktiviti yang layak seperti teknologi hijau, bioteknologi, perkhidmatan pendidikan, penjagaan kesihatan, industri kreatif, khidmat nasihat kewangan dan perundingan serta perkhidmatan logistik dan pelancongan, kata Najib.
"Mereka juga mesti menambah nilai dalam bidang mereka masing-masing. Insentif ini boleh diperoleh bagi mereka yang memohon dan memulakan kerja di Iskandar Malaysia sebelum akhir tahun 2015 dan insentif ini akan dinikmati secara berterusan," kata beliau.
source by: Harian Metro
23 October 2009
Bajet 2010: Cukai pendapatan turun 1 peratus
Filed under BAJET 2010 , MYINFO , MYNEWS
- Share this on del.icio.us
- Digg this!
- Stumble upon something good? Share it on StumbleUpon
- Share this on Reddit
- Add this to Google Bookmarks
- Tweet This!
- Share this on Facebook
- Share this on Mixx
- Subscribe
- Buzz up!
- Share this on Linkedin
- Submit this to DesignFloat
- Share this on Technorati
- Submit this to Script & Style
- Post this to MySpace
- Share this on Blinklist
- Share this on FriendFeed
- Seed this on Newsvine
Like what you read? Then please subscribe to my Blog Feed or sign up for Free Email Updates. Do you have any suggestions? Add your comment. Please don't spam! Anonymous Comments and advertising comments are Rejected.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
18SX
1MALAYSIA
ABDUL KAHAR
Ahmad Jais
Aidil Adha
ASTRO
BAHASA
BAJET 2010
BELAJAR
BETA
BLOGGER
BORED
BOYAN
BROADBAND
BRUNEI
BUSINESS
CAR
CAREER
COMPANY
CONTACT
CPANEL
CRACK
CUSTOMER SERVICE
DAP
DATABASE
DEFACE
DISCLAIMER
DOWNLOAD
E-BOOK
ELECTION
EXPLOIT
FEEDJIT
FOR SALE
FREE CALL
FREE SMS
FREE TEMPLATE
FTP
HACK
HACKER
HANG TUAH
HISTORY
IDEAS
INDONSIAL
INTERNET
ISA
ISLAM
JEANS
JOBS
JOKES
JUTAWAN INTERNET
KERETA
Korban
KUIH
Lagu
LFI
LINUX
Liverpool
LUCAH
LYRICS
MALINGSIA
Manchester United
MASAK
MESSENGER
MODEL
MOVIE
MYBLOG
MYINFO
MYNEWS
MYPICTURE
MYPROJECT
MYSELF
NEW TEMPLATE
ONLINE
OPERATING SYSTEM
PAS
PERATURAN
PERCUMA
PERSONAL
PHOTOGRAPHY
PKR
POEM
POLITIC
PORT DICKSON
RADIO
RAHSIA PELABURAN EMAS
RANDOM
RASUL MELAYU
RECIPE
REGEDIT
RFI
San Francisco
SCAM
SHOPPING
SOFTWARE
SONGS
SPM
SQL
SSH
STREAMYX
STRESS
SUBANG JAYA
SWEEPING MALAYSIA
TABLE OF CONTENTS
TIPS
TIPS AND TRICK
TMNUT
UMNO
VACANCY
VIDEO
Weblog Popular 1Malaysia
WEBSITE
WEDDING
YAHOO
YASMIN AHMAD
YOUTUBE


Say Something
Post a Comment